Tahun 2022 telah pun bermula dengan jayanya. Sedar atau tidak, masih ramai yang terus berjuang untuk mencari rezeki bagi menampung kos kehidupan diri sendiri dan juga keluarga.
Bagi yang memerlukan bantuan kewangan, tidak perlu risau kerana pada bulan Januari ini terdapat beberapa bantuan yang akan disalurkan. Berikut adalah tarikh-tarikh bantuan akan disalurkan kepada anda yang memerlukan:
1) Tarikh Permohon Baru/Pengemaskinian Maklumat BKM 2022
Pengemaskinian maklumat bagi pemohon yang mempunyai perubahan maklumat atau permohonan baru bagi yang masih tiada rekod dalam permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022.
Tarikh permohonan baru atau pengemaskinian maklumat bermula dari 1 sehingga 31 Januari 2022.
Pemohon perlu membuat Kemas Kini adalah:
- Individu, pemohon BPR 2021 termasuk tidak lulus BPR 2021 disebabkan menerima GKP dan penerima BKC (B40) yang mempunyai rekod dalam sistem BKM boleh mengemaskini permohonan.
Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah:
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima BPR 2021, BKC (B40) dan GKP; serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak menepati syarat
Bagi mereka yang ingin mengemaskini maklumat/membuat permohonan baru, sila pergi ke pautan berikut: https://bkm.hasil.gov.my/ (KLIK SINI)
2) Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 – RM10,000
Kerajaan akan memastikan segala bantuan serta kemudahan kepada mangsa-mangsa banjir dilaksanakan secara komprehensif, berkesan dan menyeluruh di bawah Bantuan Banjir Keluarga Malaysia dengan nilai keseluruhan sebanyak RM1.4 bilion.
Kerajaan telah melaksanakan beberapa penambahbaikan berhubung Bantuan Wang Ihsan atau BWI antaranya:
- RM1,000 ringgit kepada setiap Ketua Isi Rumah atau Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir
- Menyalurkan kepada semua KIR yang terkesan termasuk kepada mereka yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara atau PPS
- RM10,000 kepada waris mangsa yang meninggal dunia;
- Mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir boleh menuntut BWI setiap kali bencana menimpa berbanding sebelum ini hanya sekali sahaja semasa berlakunya Monsun Timur Laut.
Menyedari mangsa-mangsa banjir memerlukan wang tunai, kerajaan- kerajaan negeri telah membuat bayaran BWI yang telahpun bermula pada 27 Disember yang lalu dan dijangka selesai minggu ini. Bagaimanapun Selangor dan Pahang mungkin sedikit lewat berikutan melibatkan jumlah mangsa yang ramai.
Untuk memohon, permohonan boleh dibuat secara manual melalui Pejabat Daerah masing-masing. Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Ketua Isi Rumah (KIR) boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.
3) Tarikh Bayaran Bantuan Bulanan JKM
FB Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bahawa Bayaran Bantuan Kewangan JKM bagi bulan Januari 2022 akan dikreditkan kepada penerima mulai 1 – 10 Januari 2022.
Terdapat 11 jenis bantuan JKM sama ada secara one-off ataupun bulanan seperti berikut:
- Bantuan Kanak-kanak (BKK) – Untuk mohon; KLIK SINI
- Elaun Pekerja OKU (EPOKU)
- Bantuan Anak Pelihara (BAP)
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
- Bantuan Am Persekutuan (BA) – Untuk mohon; KLIK SINI
- Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan (BAT)
- Bantuan Latihan Perantis (BLP) – Untuk mohon; KLIK SINI
- Bantuan Geran Pelancaran (BGP) – Untuk mohon; KLIK SINI
- Tabung Bantuan Segera (TBS) – Untuk mohon: KLIK SINI
- Bantuan Warga Emas (BWE)
- Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB)
4) Tarikh Diskaun Pembayaran PTPTN
Jika ingin menikmati diskaun-diskaun ini, pastikan anda melakukan bayaran dalam tempoh diskaun bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.
Pakej diskaun adalah seperti berikut:
- Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman:
Contoh jika baki hutang adalah RM10,000 dan peminjam memilih menghabiskan semua hutang tersebut. Maka, peminjam hanya perlu bayar RM8,500 sekaligus. - Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran:
Contoh jika baki hutang adalah RM10,000 dan peminjam memilih menghabiskan separuh hutang tersebut iaitu RM5,000. Maka, peminjam hanya perlu bayar RM4,400. - Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual:
Contoh peminjam membayar melalui potongan gaji atau debit terus secara bulanan mengikut jadual sebanyak RM100 sebulan. Maka, anda hanya akan membayar sebanyak RM90 sebulan.