Untuk mereka yang memerlukan bantuan kewangan secara one-off, berita gembira buat anda, ini kerana kerajaan telah melaksanakan pakej-pakej bantuan baru bagi tahun 2022.
Dalam bajet 2022, kerajaan telah menaikkan syarat kelayakan kebajikan daripada RM980 kepada RM1,169. Oleh itu, jika anda mempunyai pendapatan RM1,169 ke bawah, anda boleh menikmati skim-skim bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Salah satu daripada skim tersebut adalah Geran Pelancaran. Jika anda bergaji bawah RM1,169 dan ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan, ini peluang yang baik untuk anda.
Tujuan Geran Pelancaran Dilaksanakan
Geran Pelancaran diperkenalkan bagi pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.
Ia juga bagi mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.
Kadar Bantuan
Maksimum RM2,700 sekaligus (one-off)
Kriteria Kelayakan Khusus
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Kumpulan sasar JKM;
- Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Cara Memohon
Bagi mereka yang layak dan ingin memohon. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk membuat permohonan:
Pemohon boleh membuat permohonan di mana-mana cawangan Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat dengan tempat tinggal pemohon.
Selain itu, pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Bantuan (KLIK SINI). Jangan lupa untuk membawa dokumen-dokumen sokongan seperti di bawah:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
ATAU
Untuk cara lebih mudah, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di portal: eBantuanJKM. Selepas itu, pemohon perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat di atas talian.
Kegagalan berbuat demikian akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
Untuk maklumat skim bantuan ini secara rasmi, boleh dirujuk DI SINI.