Ini Cara Daftar & Mohon Bantuan BLP RM200 Sebulan Bagi Individu Yang Berkelayakan

Pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan kepada mereka yang layak. Jika kita mencari dan mengambil tahu, pastinya kita dapat memanfaatkan setiap peluang untuk mendapatkannya.

Seperti yang kita tahu, dalam pembentangan Bajet 2022, kerajaan telah menaikkan syarat kelayakan kebajikan daripada RM980 kepada RM1,169.

Oleh itu, jika anda mempunyai pendapatan RM1,169 ke bawah, anda boleh menikmati skim-skim bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Salah satu daripada skim tersebut adalah Bantuan Latihan Perantis (BLP).

Kadar Bantuan

RM200 sebulan seorang

Tujuan Bantuan

Membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

Syarat Kelayakan BLP

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
  • Kes-kes seliaan akhlak; atau
  • Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Nota:
Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.

Cara Memohon

Bagi mereka yang layak dan ingin memohon. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk membuat permohonan:

Pemohon boleh membuat permohonan di mana-mana cawangan Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat dengan tempat tinggal pemohon.

Selain itu, pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Bantuan (KLIK SINI). Jangan lupa untuk membawa dokumen-dokumen sokongan seperti di bawah:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

ATAU

Untuk cara lebih mudah, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di portal: eBantuanJKM. Selepas itu, pemohon perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat di atas talian.

Kegagalan berbuat demikian akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Untuk maklumat skim bantuan ini secara rasmi, boleh dirujuk DI SINI.

 

Related Posts