Berita gembira buat mereka yang memerlukan bantuan kewangan, ini kerana kerajaan telah melaksanakan pakej-pakej bantuan baru bagi tahun 2022.
Dalam bajet 2022, kerajaan telah menaikkan syarat kelayakan kebajikan daripada RM980 kepada RM1,169. Oleh itu, jika anda mempunyai pendapatan RM1,169 ke bawah, anda boleh menikmati skim-skim bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Salah satu daripada skim tersebut adalah Bantuan Kanak-Kanak (BKK).
Kadar Bantuan
Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut :
- RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
- RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
- Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan
Tujuan Bantuan
- Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya
dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak mengikut peringkatnya. - Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak
termasuk kasih sayang dan perhatian.
Syarat Kelayakan Khusus
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga
tamat menengah atas;
ATAU - Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan
kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
Cara Memohon
Bagi mereka yang layak dan ingin memohon. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk membuat permohonan:
Pemohon boleh membuat permohonan di mana-mana cawangan Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat dengan tempat tinggal pemohon.
Selain itu, pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Bantuan (KLIK SINI). Jangan lupa untuk membawa dokumen-dokumen sokongan seperti di bawah:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
ATAU
Untuk cara lebih mudah, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di portal: eBantuanJKM. Selepas itu, pemohon perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat di atas talian.
Kegagalan berbuat demikian akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
Untuk maklumat skim bantuan ini secara rasmi, boleh dirujuk DI SINI.