sumbangan

Permohonan Sumbangan Kerajaan RM350 – RM2,500 masih dibuka: Ini cara memohonnya

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Perkara sama juga di bawah Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat Oktober tahun lalu.

Antara bantuan yang diteruskan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –

Sumbangan Kerajaan RM350 – RM2,500

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah bantuan kewangan yang diberikan kepada golongan B40 dan M40 mengikut tangga gaji dan tanggungan masing-masing.

Selaras dengan penyasaran semula subsidi. pihak Kerajaan telah pun menambah baik dan meningkatkan sumbangan tunai STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Bagi STR 2024, pembayarannya adalah sebanyak RM350 sehingga RM2,500 mengikut pecahan berikut:

Syarat-syarat Kelayakan

Isi Rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

Warga Emas Tiada Pasangan

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

Bujang

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21 – 59 tahun; dan
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Permohonan STR

Untuk makluman, permohonan STR dibuka sepanjang tahun bermula pada 01 November 2023. Oleh itu, pemohon boleh mengemukakan permohonan STR pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Cara permohonan boleh dibuat dengan dua kaedah iaitu:

Permohonan Secara Dalam Talian

  • Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
  • Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store pada telefon bimbit
  • * Aplikasi ini tidak tersedia pada platform IOS

Permohonan Melalui Borang Kertas

  • Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
    • Portal Rasmi STR ; atau
    • Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Related Posts