bantuan khas

Bantuan Khas RM2,000 dikreditkan bulan Mac ini: Tidak perlu memohon & senarai penerima

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah  Bantuan Khas Kewangan yang umumkan oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri bagi tahun 2024. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan – bantuan khas berkenaan: –

Bantuan Khas RM2,000

Antara Kerajaan Negeri yang mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan bagi tahun ini adalah Kerajaan Negeri Terengganu dengan kadar RM2,000.

Bantuan khas itu diberikan kepada lebih 14,457 penjawat awam negeri dengan peruntukan sekitar RM28.9 juta. Pemberian Bantuan Khas Kewangan itu adalah selaras dengan pelaksaan Kerajaan Pusat yang memberi sumbangan dengan nilai sama.

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyataan Setiausaha Kerajaan Negeri, bantuan itu akan disalurkan pada bulan Mac 2024 kepada semua penerima yang layak.

Apa yang pasti ia tidak melibatkan sebarang permohonan dan akan dikreditkan secara terus ke akaun penerima.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Selain itu, di bawah Belanjawan 2024 Terengganu – Kerajaan Negeri turut menambahbaik dan meneruskan pelbagai program sedia ada seperti Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera, Wad Kelas Tiga Percuma, Kad Sejahtera, pengecualian cukai pintu, air percuma, Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang, Walimatul Urus Perdana, Bantuan Input Pertanian, Skim Bantuan Modal Tani, Tabung Bencana Pertanian dan Tabung Darul Iman.

“Institusi kekeluargaan pula akan dimantapkan menerusi penganjuran Karnival Keluargaku Syurgaku (K-Jannati), program Kem Keibubapaan Hebat (KEMAH 2024) dengan kerjasama LPPKN, program pasca perkahwinan, perkhidmatan sokongan psikososial dan kesihatan mental.

“Khusus untuk golongan wanita pula, pelbagai program pembangunan wanita akan dilaksanakan di samping program pemeriksaan mamogram dan pap smear secara percuma akan diteruskan,” petikan ucapan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketiak membentangkan Belanjawan 2024 Negeri Terengganu, pada November tahun lalu.

Bagi maklumat lengkap Belanjawan Negeri Terengganu 2024, sila rujuk di Portal Rasmi Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu – DI SINI.

Related Posts