pengeluaran

Pengeluaran simpanan dari Akaun 1 & Akaun 2 KWSP: Senarai mereka yang layak & cara memohon

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah apabila pihak Kerajaan Persekutuan membenarkan pengeluaran KWSP melalui pelbagai program antaranya seperti i-Sinar, i-Citra, i-Lestari dan sebagainya.

Namun begitu, ada pelbagai lagi perkara yang membenarkan ahli KWSP mengeluarkan simpanan mereka secara penuh dari Akaun 1 dan Akaun 2. Berikut adalah senarai perkara yang membenarkan pengeluaran penuh KWSP: –

Perkara-perkara yang membenarkan pengeluran penuh KWSP

Mencapai usia 55 dan 60 tahun

Apabila ahli mencapai usia 55 tahun, simpanan mereka dalam Akaun 1 dan Akaun 2 akan digabungkan dalam Akaun 55. Ahli kemudiannya boleh membuat pengeluaran sama ada sebahagian atau keseluruhan simpanan mereka itu.

Jika ahli terus bekerja selepas usia 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan disimpan dalam Akaun Emas. Apabila ahli mencapai usia 60 tahun, Akaun 55 dan Akaun Emas pula akan digabungkan. Ahli juga selepas itu boleh memilih untuk mengeluarkan sebahagian atau keseluruhan simpanan.

Hilang Upaya

Jika ahli hilang upaya akibat penyakit atau kemalangan, sehingga menghalang mereka untuk bekerja. Mereka boleh membuat pengeluaran dari Akaun 1 dan Akaun 2. Malah, mereka juga layak menerima sumbangan RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban mereka.

Meninggalkan Negara

Untuk ahli yang bertindak melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia mereka untuk berhijrah ke negara lain; atau ekspatriat; penduduk tetap (PR); atau pekerja asing yang kembali ke negara asal. Mereka boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan di KWSP dari kedua-dua akaun.

Meninggal Dunia

Sekiranya ahli meninggal dunia, waris boleh membuat pengeluaran simpanan KWSP untuk membantu meringankan beban kewangan serta menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian. Oleh itu, pihak KWSP sangat menggalakkan ahli membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan.

Cara Memohon

Bagi membuat pengeluaran atas faktor-faktor ini, permohonan boleh dibuat melalui cawangan-cawangan KWSP terdekat. Terdapat juga pengeluaran yang boleh dibuat melalui e-Pengeluaran (i-Akaun) KWSP.

Pembayaran itu kemudiannya akan dikreditkan ke akaun bank ahli seperti mana yang dinyatakan ketika membuat permohonan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Maklumat lengkap  boleh diteliti di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

Related Posts