asasi

Bantuan Kewangan Asasi RM3,920 untuk penerima dari kategori B40 & M40: Berikut cara memohon

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan antara bantuan kewangan yang telah diperkenalkan: –

Bantuan Kewangan Asasi

Bantuan Kewangan Asasi adalah sebuah bantuan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada para pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Pusat-Pusat Asasi Universiti Awam.

Pelajar akan layak akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM3,920 setahun/sepanjang tempoh pengajian dengan pecahan berikut:

  • Elaun Wang Saku sebanyak RM 2,500setahun;
  • Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan sebanyak RM1,420 setahun
  • Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia;
  • Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40;
  • Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya;
  • Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan Bantuan Kewangan Asasi boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM.

Pemohon hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen-dokumen tawaran berikut:

  • Surat tawaran;
  • Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
  • Borang penyata kewangan penjamin;
  • Panduan mengisi borang perjanjian;
  • Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran;
  • Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir UA masing-masing pada setiap semester.

Ia seterusnya perlu dihantar melalui Pejabat Pendaftar Universiti Awam masing-masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak KPM.

Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat – DI SINI.

Related Posts