bantuan khas

Bantuan Khas RM300 mula dikreditkan minggu ini: Senarai penuh penerima yang layak

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Begitulah jugalah apabila Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas sebanyak RM300 ketika berucap di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Bantuan Khas RM300

Bantuan yang dimaksudkan ini adalah Bantuan Khas Penghargaan yang diberikan kepada para penjawat awam dan pesara kerajaan. Kadarnya pula adalah seperti berikut:

  • RM300: Penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak;
  • RM200: Pesara kerajaan, termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Dengan pemberian bantuan ini, ia akan dimanfaatkan oleh sekitar 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara kerajaan.

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri, pembayaran bantuan khas ini akan dibuat dalam tempoh dua minggu dari tarikh pengumumannya pada 27 Julai 2023 lalu.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

“Saya arahkan Kementerian Kewangan agar dapat meluluskan dan menyalurkan bantuan khas ini dalam tempoh dua minggu dari sekarang.

“Dengan pemberian permulaan ini, diharap penjawat awam akan terus berusaha gigih untuk menyokong hasrat melaksanakan pembaharuan Ekonomi MADANI, memberi perkhidmatan terbaik, sekali gus membantu ruang fiskal kerajaan agar hasrat kerajaan untuk merealisasikan gaji baharu perkhidmatan awam menjadi kenyataan,” katanya di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Pembayarannya pula akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima yang telah didaftarkan bagi penerimaan gaji atau pencen.

Sumber: Berita Harian.

Related Posts