Bantuan Sara Hidup RM300 telah mula dikreditkan: Cara memohon bagi yang belum mendaftar

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah apabila pihak Kerajaan memperkenalkan sebuah inisiatif kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH): –

Bantuan Sara Hidup

Pada asasnyam Bantuan Sara Hidup atau BSH ini adalah sebuah pemberian sumbangan kewangan secara bulanan pada kadar RM300 di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV).

BSH diberikan kepada Veteran ATM dengan tujuan untuk meringankan beban sara hidup harian veteran ATM yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Veteran ATM
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia;
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak;
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
  • Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib;
  • Balu yang berkahwin semula tidak layak;
  • Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur;
  • Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan BSH ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan secara lengkap.

Borang permohonan berkenaan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butiran yang diberikan juga perlu dipastikan tepat, betul serta benar.

Ia kemudiannya perlu dimajukan ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini dan borang permohonan, ia boleh didapati – DI SINI.

Related Posts