Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah sebuah inisiatif Kerajaan yang dikenali Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 yang kepada mereka yang berkelayakan.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenana bantuan kewangan ini:-
Bantuan RM300
Melalui BMT, pihak Kerajaan telah membuat keputusan untuk menaikkannya dari RM600 ke RM800 bagi tahun 2023. Bantuan ini akan diberikan secara berperingkat untuk tiga fasa iaitu dengan pecahan berikut:
- Fasa 1 (RM300)
- Fasa 2 (RM300)
- Fasa 3 (RM200)
Senarai Penerima
Bantuan ini diberikan kepada para peneroka getah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang memenuhi syarat-syarat di bawah:
- Peneroka getah yang menghantar hasil ke pusat mengumpul getah FELDA;
- Peneroka bersama FELDA, tetapi hasil terjejas atas sebab masalah buruh dan penyakit pokok getah;
- Peneroka yang sedang terlibat dalam Program Pembangunan Tanam Semula Getah bersama FELDA.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Senarai tarikh-tarikh pembayaran Bantuan Khas Kewangan kepada seluruh rakyat Malaysia
- Bukan hanya untuk persaraan: Ini senarai pengeluaran KWSP yang boleh dibuat sebelum usia 55 tahun
Tarikh Pembayaran
Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, mereka akan menerima bantuan kewangan ini pada bulan Januari bagi Fasa 1, bulan Februari untuk Fasa 2 dan bulan Mac untuk pembayaran terakhir (Fasa 3).
Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun penerima yang layak dan tidak melibatkan sebarang permohonan.
Bagi maklumat lebih teliti berkenaan bantuan kewangan ini sila lihat – DI SINI.