Senarai tarikh-tarikh pembayaran Bantuan Khas Kewangan kepada seluruh rakyat Malaysia

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah melalui pelbagai Bantuan Khas Kewangan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri kepada mereka yang layak.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan-bantuan itu:-

Bantuan Khas Kewangan RM700

Pihak Kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 dan RM350 kepada mereka yang layak. Pemberian RM700 adalah kepada para Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah, serta RM350 pula kepada pesara kerajaan yang sedang menerima pencen dan penerima pencen terbitan.

Tarikh pembayaran bantuan ini adalah pada 17 Januari 2023, dengan kaedah kredit terus ke akaun penerima.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri Melaka dan Perlis juga mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 kepada penjawat awam negeri masing-masing.

Pembayaran bagi negeri Melaka dilaksanakan pada bulan Disember 2022, manakala bagi bulan Perlis pula pada bulan Januari 2023.

Bantuan Khas Kewangan RM1,500

Bantuan ini telah diumumkan pada bulan November 2022 tahun lalu dan akan diberikan kepada semua penjawat awam negeri Kelantan. Pembayarannya dilaksanakan pada bulan Januari 2023 secara kredit terus ke akaun penerima.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bantuan Khas Kewangan RM2,500

Bantuan Khas Kewangan satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500 ini akan diberikan kepada 5,599 orang penjawat awam Negeri Sembilan.

Bantuan ini akan dibayar sebanyak dua kali iaitu pada awal bulan Januari dan minggu pertama bulan April 2023. Ia diharapkan akan menyuntik semangat kepada semua penjawat awam untuk bekerja dengan lebih gigih lagi

Bantuan Khas Kewangan RM1,000

Pihak Kerajaan Negeri Sabah turut memperkenalkan bantuan kewangan sama, tapi dengan nilai sebanyak setengah bulan gaji dengan kadar minimum RM1,000. Bantuan ini akan dibayar pada bulan Januari 2023 dan akan membabitkan penerima seramai 20,271 orang penjawat awam negeri.

Related Posts