Senarai pengeluaran KWSP

Bukan hanya untuk persaraan: Ini senarai pengeluaran KWSP yang boleh dibuat sebelum usia 55 tahun

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Inisiatif-inisiatif ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian, Jabatan atau Yayasan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Selain itu, nampaknya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga memudahkan urusan para ahlinya, termasuklah membenarkan pengeluaran simpanan sebelum usia 55 tahun.

Berikut adalah senarai pengeluaran yang membolehkan dibuat dari simpanan KWSP sebelum usia 55 tahun: –

Pembiayaan Pendidikan

Bagi membantu urusan pendidikan para ahlinya, KWSP membenarkan pengeluaran dari Akaun 2 bagi tujuan membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Kos yang layak dibiayai adalah:

  • Yuran pengajian dan caj yang dikenakan oleh institusi pengajian atau jumlah baki pinjaman;
  • Yuran hostel dan penginapan;
  • Penerbangan sehala untuk pelajar tahun pertama yang belajar di luar kawasan/luar negara.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Beli Rumah

KWSP turut membenarkan ahli membuat pengeluaran dari Akaun 2 bagi membiayai pembelian rumah. Pembelian rumah itu termasuklah dari pemaju, individu atau unit lelongan.

Rumah kediaman yang dibenarkan adalah jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

Bina Rumah

Bagi membantu ahli membina rumah impian mereka, KWSP membenarkan ahli membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai pembinaan rumah. Pembinaan rumah itu merangkumi sama ada dengan pembelian tanah atau atas tanah yang dimiliki.

Mengurang atau Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Bagi mereka yang ingin mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan, mereka dibenarkan membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 2 KWSP.

Antara syarat-syarat utamanya adalah:

  • Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara;
  • Umur bawah 55 tahun;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2;
  • Telah membeli/membina rumah kediaman;
  • Ahli telah didaftarkan sebagai pemilik rumah tersebut;
  • Rumah kediaman telah dicaj sebagai cagaran;
  • Ahli masih mempunyai baki pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan;
  • Permohonan di buat setahun sekali daripada tarikh permohonan yang sebelumnya;
  • Pinjaman yang diluluskan oleh institusi yang dibenarkan.

Kepada mereka yang ingin membuat pengeluaran bagi perkara-perkara di atas, permohonan boleh dibuat melalui atas talian i-Akaun KWSP atau melalui kaunter-kaunter KWSP terdekat.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan perkara ini, sila lihat di Portal Rasmi KWSP DI SINI.

Related Posts