perkhidmatan awam

Pengambilan jawatan kosong Gred N19 di perkhidmatan awam: Jadual gaji sehingga RM4,003

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Majlis Perbandaran Kangar kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Jadual Gaji: RM1,352 – RM4,003

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
  • Syarat kelayakan akademik dan lebih khusus yang lain hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan jawatan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang PABMS/MPK.PS-12-R1 dan dilampirkan bersama salinan Sijil/Dokumen-dokumen yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas berikut:

  • Resume;
  • Kad Pengenalan (depan dan belakang);
  • Sijil Kelahiran;
  • Sijil Berhenti Sekolah;
  • Sijil-Sijil Akademik (Sijil PMR/SPM/Diploma/Ijazah atau kelayakan yang setaraf dengannya dalam bidang yang berkaitan);
  • Sijil Kegiatan Luar (jika ada);
  • Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan jawatan yang dipohon atau pengesahan kemahiran yang berkaitan.

Ia kemudian hendaklah dihantar ke alamat:

TUAN YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN KANGAR PERLIS,
NO 192 PERSIARAN JUBLI EMAS,
01000 KANGAR,
PERLIS.
(u.p : Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia)

Sila tuliskan ‘nama jawatan’ disebelah atas kiri sampul surat bagi permohonan jawatan yang dikemukakan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 08 FEBRUARI 2023 (RABU), JAM 5 PETANG.

Maklumat rasmi kekosongan jawatan boleh didapati DI SINI.

Related Posts