Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong PAJ
PEMBANTU AM OPERASI TERMINAL S1
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Penempatan: Terminal Feri Antarabangsa Kukup (TFAK)
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat-syarat kelayakan akademik hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan;
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Jawatan kosong boleh dimohon di Jabatan Muzium Malaysia: Gaji RM1,700, ada caruman KWSP
- Temuduga tertutup banyak jawatan kosong di Ramly Food Industries: Tawaran gaji RM1,500 – RM1,900
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dikemukakan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan PAJ (dengan HURUF BESAR) dan dikepilkan bersama Resume, gambar berukuran pasport, salinan dokumen-dokumen (disahkan):
- Sijil Kelahiran;
- Kad Pengenalan;
- Sijil Berhenti Sekolah;
- Sijil SPM/SKM Tahap 2 atau Tahap 3;
- Sijil-sijil Akademik dan kelayakan Yang Berkaitan;
- Lesen Pemandu yang sah.
Ia seterusnya perlu dihantar ke alamat:
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN PENGANGKUTAN AWAM JOHOR
NO 12 & 14 JALAN ISKANDAR PUTRI ½,
TAMAN NUSANTARA PRIMA,
79200 ISKANDAR PUTERI, JOHOR
(U/P: UNIT SUMBER MANUSIA)
Atau ke e-mel: official@paj.com.my
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 09 FEBRUARI 2023 (KHAMIS).
Maklumat rasmi kekosongan boleh dilihat DI SINI.