Zakat MUIP

Permohonan Bantuan MUIP RM800 hingga RM10,000 telah dibuka: Mohon secara online sahaja

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah Bantuan Dermasiswa daripada Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini:-

Kadar Bantuan Dermasiswa

Bantuan Dermasiswa ini pada asasnya adalah bantuan zakat kepada pelajar institut pengajian tinggi; tahfiz dan pondok bagi tahun 2023.

Kadar bantuan pula adalah seperti berikut:

  • Diploma/Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam): RM1,200
  • Diploma/Ijazah Sarjana Muda (Selain Pengajian Islam): RM800
  • Tahfiz/Pondok: RM2,400
  • Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) (Ada Tajaan) Negara Mesir: RM1,200 – RM3,000
  • Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) (Tiada Tajaan) Negara Mesir: RM6,000 – RM9,000
  • Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) (Ada Tajaan) Negara Jordan: RM1,200 – RM3,000
  • Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) (Tiada Tajaan) Negara Jordan: RM7,000 –  RM10,000
  • Lain-lain Negara: RM1,200 – RM4,000

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Syarat-syarat Kelayakan

  • Beragama Islam;
  • Bermastautin di Negeri Pahang;
  • Berumur tidak kurang daripada 13 tahun;
  • Pemohon sedang mengikuti pengajian peringkat Tahfiz/Pondok atau Diploma atau Sarjana Muda ( mod pengajian sepenuh masa sahaja);
  • Pemohon telah lulus peperiksaan tahun/semester pertama;
  • Tidak layak bagi pemohon yang menerima elaun bulanan seperti IPG,KKM,KKTM,KPM,DiplomaLanjutan;
  • Pemohon sekurang-kurangnya telah mencukupi 1 tahun pengajian bagi peringkat Tahfiz/Pondok;
  • Tidak layak kepada pemohon yang mengikuti pengajian di peringkat STAM,asasi, matrikulasi, diploma lanjutan, sarjana muda dan Ph.D;
  • Setiap permohonan adalah bagi pengajian tahun semasa sahaja.

Baca juga:

Cara Memohon

Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan zakat ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Zakat4Pengajian MUIP.

Pemohon juga perlu memuat naik dokumen-dokumen seperti mana yang ditetapkan di oleh MUIP ketika mengemukakan permohonan.

Permohonan dibuka bermula pada 15 Januari 2023.

Maklumat lebih teliti berkenaan bantuan zakat ini, boleh dilihat di Portal Rasmi MUIP– DI SINI.

Related Posts