Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
SKK

Tuntutan SKK RM1,000 dilanjutkan sehingga 31 Januari 2023: Layak untuk semua penerima BKM

Posted on January 18, 2023 by Admin

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah bantuan-bantuan daripada Kementerian atau Agensi berdasarkan peruntukan yang telah diumumkan melalui Bajet Tahunan ditetapkan.

Antaranya adalah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di bawah Bajet 2022 pada tahun lalu dengan jumlah tertentu kepada setiap rakyat Malaysia yang layak.

Akan tetapi, terdapat satu lagi manfaat kepada penerima BKM iaitu Skim Khairat Kematian (SKK). Berikut adalah penjelasannya: –

Kadar SKK

Kadar SKK yang ditetapkan adalah sebanyak RM1,000 secara ‘one-off’. Tuntutan bantuan kewangan ini boleh dibuat waris penerima BKM iaitu:

  • Pasangan;
  • Ibu;
  • Bapa;
  • Anak
    • Anak Kandung
    • Anak Tiri
    • Anak Angkat
  • Adik Beradik
  • Cucu

 

Dimaklumkan juga bahawa SKK layak dituntut oleh wakil berdaftar sekiranya permohonan BKM 2022 berstatus lulus dan pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

  • Tarikh & jumlah pembayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) tahun 2023 yang rakyat Malaysia perlu tahu
  • [TERKINI] Kerajaan perkenalkan Inisiatif Payung Rahmah: Ini senarai bantuan-bantuan di bawahnya

Cara Membuat Tuntutan

Bagi waris yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan boleh dibuat melalui Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

Waris juga perlu membawa dokumen-dokumen sokongan seperti:

  • Sijil Kematian (asal / salinan) Pemohon / Pasangan;
  • Kad Pengenalan asal Wakil;
  • Dokumen pembuktian pertalian antara pemohon dan wakil (asal / salinan).

 

Untuk makluman, tarikh tarikh akhir Tuntutan SKK & Penunaian Bayaran BKM 2022 telah dilanjutkan ke 31 Januari 2023.

Maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini, boleh dilihat di Portal Rasmi BKM – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Dec   Feb »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme