Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Salah satunya adalah bantuan-bantuan daripada Kementerian atau Agensi berdasarkan peruntukan yang telah diumumkan melalui Bajet Tahunan ditetapkan.
Antaranya adalah Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang merupakan kesinambungan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diberikan pada tahun lalu.
Bantuan Tunai Rakyat (BTR)
Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Bajet Mini 2023 di Dewan Rakyat Disember 2022 lalu.
Ketika mengumumkan bantuan itu, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk mempercepatkan pembayaran Fasa 1 BTR pada bulan Januari 2023 dengan jumlah sebanyak RM350 kepada isi rumah dan RM100 kepada kategori bujang.
“Bayaran Fasa 1 ini akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.
“Saya berharap, penyaluran awal ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat pada waktu ini,”, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Dewan Rakyat.
Dalam masa sama, sebelum ini – melalui Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, Kerajaan telah pun mengumumkan jumlah bagi BKM tahun 2023.
- Isi rumah berpendapatan kurang daripada RM2,500 layak menerima bantuan tunai dengan jumlah bergantung kepada saiz keluarga;
- Isi rumah sehingga empat anak, layak terima antara RM1,000 hingga RM2,000;
- Isi rumah sehingga empat orang anak, layak menerima antara RM1,000 hingga RM2,000;
- Isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000, layak menerima antara RM500 hingga RM1,250 bergantung kepada bilangan anak;
- Warga emas tiada pasangan dan golongan bujang, mereka akan menerima masing-masing sebanyak RM600 dan RM350 bergantung kepada had pendapatan tertentu.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Baca juga:
- Selain Bantuan Khas Kewangan: Berikut senarai Bantuan-Bantuan lain yang dibayar pada bulan ini
- Bantuan Kewangan RM150 mula dibayar hari ini: Berikut adalah senarai mereka yang layak
Tarikh Pembayaran BTR
Akan tetapi, walaupun BTR adalah kesinambungan BKM yang diperkenalkan sebelum ini. Jumlah muktamadnya sama ada sama atau berbeza hanya akan dapat diketahui ketika pembentangan Bajet 2022 oleh Perdana Menteri pada 24 Februari nanti.
Dalam masa sama, dimaklumkan juga bahawa tarikh pembayaran dan tarikh semakan pembayaran BTR adalah tertakluk kepada pengumuman Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dari semasa ke semasa.