payung rahmah

[TERKINI] Kerajaan perkenalkan Inisiatif Payung Rahmah: Ini senarai bantuan-bantuan di bawahnya

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah Inisiatif Payung Rahmah yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tahun 2023.

Inisiatif Payung Rahmah

Inisiatif ini apa asasnya bagi membantu mereka yang memerlukan, khususnya untuk meringankan beban golongan B40.

Antara bantuan-bantuan yang akan dilaksanakan di bawah inisiatif ialah Bakul Rahmah, Jualan Rahmah, Kafe Rahmah dan Pakej Rahmah

Menteri KPDN,  Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata insiatif ini merupakan hasil kerjasama pihaknya dengan beberapa kementerian seperti  Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan.

“Econsave telah bermurah hati untuk menyampaikan Sumbangan Bakul Rahmah kepada tiga puluh penerima di sekitar Pandamaran dan Klang.

“Pasar Raya Econsave juga menyambut amanat saya dengan pelancaran Kempen Penurunan Harga 1,000 Barangan yang dijual dalam Pasarayanya seluruh negara,” katanya.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Program Jualan Rahmah

Dalam masa sama, Jualan Rahmah pula adalah program jualan murah sepanjang tahun yang akan dilaksanakan oleh hypermarket dan pasaraya di seluruh negara.

“Kita mengajak semua pasar raya di seluruh negara menyertai Jualan Rahmah. Setakat ini, pihak kementerian sudah dan sedang membincangkan kerjasama dengan beberapa pasar raya, antaranya Econsave, Mydin, Aeon Big, 99 Speedmart.

“KPDN boleh memberi permit jualan murah bagi mana-mana pasar raya untuk melaksanakan Jualan Rahmah sehingga empat bulan dengan sasaran tawaran harga barangan keperluan antara 10 hingga 30 peratus lebih murah berbanding pasaran.” kata Salahuddin .

Menurutnya lagi, program berkenaan merupakan langkah jangka pendek bagi mengurangkan beban sara hidup golongan B40 dalam tempoh enam bulan dan dijangka dilaksanakan dalam tempoh 100 hari.

Sumber: BH Online & Suara Merdeka.

Related Posts