KWSP

Ini senarai perkara yang membenarkan Pengeluaran Penuh Simpanan KWSP & Cara memohonnya

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah apabila pihak Kerajaan Persekutuan membenarkan pengeluarakan KWSP melalui pelbagai program antaranya seperti i-Sinar, i-Citra, i-Lestari dan sebagainya.

Akan tetapi, terdapat pelbagai lagi faktor yang membenarkan para ahli KWSP mengeluarkan simpanan mereka, sama ada secara penuh, sebahagian atau jumlah tertentu. Berikut adalah senarai perkara yang membenarkan pengeluaran KWSP secara penuh: –

Umur Mencecah 55 Tahun

Bagi para ahli yang mencapai usia 55 tahun, caruman yang diterima ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2 akan digabungkan ke dalam Akaun 55. Ahli boleh mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan mereka daripada akaun ini pada bila-bila masa.

Jika ahli memilih untuk terus bekerja selepas usia 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila ahli mencapai umur 60 tahun.

Umur Mencecah 60 Tahun

Pengeluaran ini pula adalah lanjutan daripada pengeluaran usia 55 tahun. Pada usia ini, kesemua simpanan yang terkumpul dalam Akaun 55 (jika ada) dan Akaun Emas akan digabungkan untuk pengeluaran. Ahli boleh memilih untuk membuat pengeluaran secara sekali gus atau sebahagian pada bila-bila masa untuk membiayai persaraan mereka.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Pekerja Berpencen/Persaraan Pilihan

Untuk perkara ini, pekerja sektor awam boleh membuat pengeluaran sekali sahaja sebelum umur 55 tahun setelah diberikan taraf Pekerja Berpencen.

Definisi pekerja berpencen ialah pekerja yang telah diletakkan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang menjelaskan pengambilan pekerja di dalam perjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia ataupun Kerajaan Negeri atau badan kuasa berkanun atau tempatan.

Hilang Upaya

Bagi pihak ahli yang keupayaan fizikal atau mental mereka terjejas sehingga menghalang mereka untuk bekerja, mereka boleh membuat pengeluaran penuh KWSP. Malah, mereka juga akan menerima RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban ahli.

Meninggalkan Negara

Untuk ahli yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain; atau ekspatriat; penduduk tetap (PR); atau pekerja asing yang kembali ke negara asal, mereka boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanan di KWSP.

Ahli Meninggal Dunia

Ahli yang telah meninggal dunia, ia akan sekaligus membenarkan pengeluaran simpanan mereka di KWSP untuk para waris mereka. Oleh itu, pihak KWSP menggalakkan para ahlinya membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan.

Pengeluaran KWSP

Bagi kesemua urusan pengeluaran ini, ia boleh dibuat secara atas talian melalui e-Pengeluaran (i-Akaun) KWSP atau cawangan-cawangan KWSP terdekat.

Pembayaran itu kemudiannya akan dikreditkan ke akaun bank ahli seperti mana yang dinyatakan ketika membuat permohonan.

Maklumat lengkap dan permohonan i-Lindung, ia boleh diteliti di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

Related Posts