Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
Bantuan Kewangan IKPP

Bantuan Kewangan IKPP telah dinaikkan kepada RM250: Ini cara memohon bantuan ‘one-off’ ini

Posted on January 7, 2023 by Admin

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah apabila Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju untuk menaikkan salah satu bantuan kewangannya bagi memberikan penghargaan kepada mereka yang berkelayakan.

Ia dengan menaikkan  bayaran Insentif Khas Pasangan Pengantin (IKPP) bagi perkahwinan kali pertama dari RM200 kepada RM250 bermula pada tahun 2022.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan IKPP ini: –

Syarat-syarat Kelayakan IKPP

  • Anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini;
  • Sama ada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang;
  • Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5,000 dan ke bawah layak menerima insentif;
  • Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang.(Kebenaran Luar Negeri (KBLN);
  • Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah;
  • Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang,pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan);
  • Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN
  • Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras;
  • Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

  • Kerajaan negeri setuju teruskan Bantuan SMUE/SMIS sebanyak RM150 & RM500: Ini cara mendaftar
  • [RASMI] Bantuan Khas BERNAS RM250 mula akan dibayar tidak lama lagi: Ini tarikh pembayarannya

Cara Memohon

Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan IKPP boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonann secara lengkap dan melampirkannya bersama dokumen-dokumen:

  • 2 Salinan depan dan belakang Kad Pengenalan pemohon (MyKad);
  • 1 Salinan catatan akad nikah pemohon;
  • 2 Salinan penyata akaun bank pemohon.

Ia kemudiannya perlu dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan dibuat.

Maklumat lebih terperinci berkenaan IKPP sila baca di Portal Rasmi e-Munakahat Pahang DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Dec   Feb »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme