Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan khas bernas

[RASMI] Bantuan Khas BERNAS RM250 mula akan dibayar tidak lama lagi: Ini tarikh pembayarannya

Posted on January 4, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah Bantuan Khas Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa BERNAS bersetuju untuk menyalurkan peruntukan RM10 juta kepada pesawah miskin pada bulan Disember dan RM50 juta tahun 2023.

Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini:-

Bantuan Khas BERNAS

Dalam perkembangan terkini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu telah mengumumkan pembayaran Bantuan Khas BERNAS sebanyak RM250 kepada setiap yang layak.

Pembayaran itu nanti akan melibatkan sekitar 240,000 pesawah di seluruh negara daripada jumlah keseluruhan RM60 juta yang diperuntukkan di bawah bantuan khas berkenaan.

“…jumlah keseluruhan bantuan yang diterima daripada BERNAS adalah RM60 juta dan jumlah itu perlu dibahagikan dengan 240,000 pesawah di negara ini, menjadikan setiap pesawah menerima RM250 seorang,” katanya.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

  • Berikut adalah senarai penerima Bantuan Kewangan RM900 yang mula dibayar pada bulan ini
  • Senarai Bantuan-Bantuan Khas sehingga RM2,500 dibayar pada bulan ini, yang kita wajib tahu

Tarikh Pembayaran

Berkenaan dengan tarikh pembayaran, ia akan disalurkan terlebih dahulu kepada para pesawah di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang selewat-lewatnya pada 16 Januari ini.

Manakala, para pesawah di negeri lain akan menerima baki bantuan khas BERNAS berjumlah RM50 juta yang akan disalurkan secara berperingkat.

Sumber: BH Online.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Dec   Feb »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme