Bantuan

Senarai Bantuan-Bantuan Khas sehingga RM2,500 dibayar pada bulan ini, yang kita wajib tahu

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Ia termasuklah Bantuan-Bantuan Khas Kewangan yang akan dibayar pada bulan Januari 2023 kepada mereka yang berkelayakan, dan berikut adalah senarainya: –

Bantuan Khas Kewangan RM700 & RM350

Bantuan Khas Kewangan ini diperkenalkan di bawah Bajet 2023 iaitu sebanyak RM700 kepada semua anggota perkhidmatan awam Gred 56 dan ke bawah, serta RM350 kepada para pesara dan veteran Kerajaan tidak berpencen.

Bantuan ini akan disalurkan pada bulan Januari 2023, sesuai dengan pengumuman berkenaannya sebelum ini.

Bantuan Khas Kewangan minimum RM2,500

Kerajaan Negeri Sembilan telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500 kepada penjawat awam di negeri berkenaan.

Bantuan kewangan itu akan dibayar sebanyak dua kali iaitu pada awal Januari dan minggu pertama April 2023.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Bantuan Khas Kewangan RM700

Bantuan Khas Kewangan turut diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Perlis dengan jumlah sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam negeri berkenaan bermula dari Gred 54 dan ke bawah.

Bantuan bagi menghargai para penjawat awam itu akan disalurkan pada bulan Januari 2023.

Bantuan Khas Kewangan RM1,000

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor ketika membentangkan Belanjawan Negeri Sabah 2023 telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji dengan kadar minima RM1,000.

Bantuan itu nanti akan melibatkan seramai 20,271 orang penjawat awam negeri dan akan dibayar pada bulan Januari 2023.

Related Posts