pengeluaran simpanan ASB

Dividen telah diumumkan: Ini kaedah buat pengeluaran simpanan ASB secara atas talian (online)

Seperti mana yang telah dilaporkan beberapa hari lalu, , Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan agihan pendapatan bagi dana utamanya Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Ia adalah sebanyak 3.35 sen seunit, bonus 1.25 sen seunit dan Bonus Tambahan 0.50 sen seunit untuk 30,000 unit pertama.

Jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM8.9 bilion itu nanti sekaligus akan memanfaatkan 10.6 juta pemegang unit yang memiliki 186.4 bilion unit dalam ASB.

Nampaknya, ASB berjaya memberikan pengagihan pendapatan yang kompetitif, mengatasi penanda arasnya iaitu kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank yang mencatatkan kadar purata sebanyak 2.27% sepanjang tahun ini.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Arifin Zakaria dalam satu kenyataan berkata, Walaupun dalam keadaan pasaran yang sukar, PNB telah memberi agihan pendapatan yang kompetitif kepada pemegang unit ASB, termasuk Bonus Tambahan pada tahun ini.

“Jumlah pengagihan sebanyak RM8.9 bilion akan memanfaatkan 10.6 juta pemegang unit yang memegang 186.4 bilion unit dalam ASB. Bonus Tambahan tersebut adalah untuk membantu pemegang unit kami berhadapan dengan tekanan kos sara hidup.” katanya.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Cara Membuat Pengeluaran ASB

Sebenarnya, pihak ASNB telah kini telah membenarkan para pemegang unit amanahnya secara atas talian (online) melalui portal myASNB dan aplikasi mudah alih myASNB.

Tatacara pengeluaran adalah seperti berikut:

  1. Log masuk di Portal myASNB;
  2. Klik portfolio dan kemudiannya klik pada Transaksi pada unit amanah yang dikehendaki serta pilih Jualan Balik;
  3. Pasti maklumat bank anda betul dan klik Seterusnya;
  4. Baca, tandakan kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya;
  5. Masukkan amaun, tandakan kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya;
  6. Semak semua butiran bank anda di notifikasi dan klik Seterusnya;
  7. Klik permintaan TAC, isikan dan klik Seterusnya;
  8. Transaksi berjaya.

Dimaklumkan bahawa had minimum jualan balik ialah 100 unit, manakala had maksimum jualan balik yang ditetapkan adalah 2,000 unit dalam setiap satu bulan kalendar bagi kesemua unit amanah ASNB.

Had maksimum jualan balik ditetapkan sebanyak 2,000 unit sebulan adalah kerana ia merupakan sebuah jumlah yang memadai sebagai sumber kewangan segera untuk pemegang unit pada waktu memerlukan.

Bagi yang ingin membuat jualan balik melebihi had yang ditetapkan, ia bolah dibuat melalui kaunter cawangan atau ejen ASNB.

Maklumat lebih teliti berkenaan perkara ini, ia boleh dilihat di Portal Rasmi ASNB – DI SINI.

Related Posts