BKSM

Kerajaan Negeri perkenal Bantuan Kewangan BKSM RM600 – RM715 ‘one-off’: Ini cara memohon

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah Biasiswa Kecil Sekolah Menengah (BKSM) yang membabitkan bantuan kewangan secara one-off kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan di Sekolah Bantuan Kerajaan seluruh Kedah.

Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini: –

Kadar Bantuan Kewangan BKSM

Peruntukan dan pengagihan bantuan ini bergantung kepada peruntukan yang diluluskan dari semasa ke semasa.

Untuk makluman, kadar biasiswa bagi pelajar Tingakatan 1 hingga 3 adalah RM600 setahun, manakala bagi pelajar Tingakatan 4 hingga 5 pula pada kadar RM715 setahun.

Syarat-syarat Kelayakan

Permohonan bantuan ini terbuka kepada para pelajar di Sekolah Bantuan Kerajaan seluruh Negeri Kedah atau sekolah-sekolah yang terpilih sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan berikut:

  • Pendapatan isi rumah maksimum RM3,000 dan ke bawah;
  • Mendapat keputusan peperiksaan sekurang-kurangnya 4A dalam peperiksaan akhir tahun;
  • Pelajar tiada penaja lain;
  • Pelajar bersih daripada tindakan disiplin;
  • Pelajar aktif dalam kegiatan ko-kurikulum;
  • Pelajar dicalonkan melalui Guru Biasiswa Sekolah.
  • Pelajar melepasi saringan oleh pihak Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah (SPPNK).

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Cara Memohon

Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat dengan mendapatkan maklumat lanjut melalui Guru Biasiswa di sekolah masing-masing.

Maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini dilihat di Portal Rasmi SPPNK – DI SINI.

Related Posts