Bantuan RM100

Bantuan RM100 setiap bulan kepada keluarga B40 yang ada anak di taska: Ini cara memohonnya

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah Insentif Penjagaan Kanak-kanak melalui Program Asuh Pintar yang diteruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada keluarga yang berkelayakan.

Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan ini: –

Kadar Asuh Pintar

Menteri Besar Selangor, Dato’ Menteri Besar ketika membentangkan Belanjawan 2023 mengumumkan bahawa inisiatif penjagaan kanak-kanak di taska melalui bantuan yuran bulanan sebanyak RM100 sebulan ini diteruskan bagi tahun 2023.

Bantuan yuran itu nanti akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri terlibat.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon Mestilah Warganegara Malaysia;
    • Dilahirkan Dan Menetap Di Selangor; ATAU
    • Tidak Dilahirkan Di Selangor Tetapi Telah Menetap Secara Sah Di Selangor Sekurang-Kurangnya 5 Tahun (Perlu Mendapatkan Pengesahan Dari Ketua Kampung / Pengerusi Taman Perumahan Tempat Di Mana Pemohon Menetap)
  • Syarat Pendapatan Isi Rumah Mestilah RM5,000 Ke Bawah;
  • Suami Dan Isteri Berkerja;
  • Anak Berumur 4 Tahun dan Ke Bawah;
  • Terhad Kepada 2 Orang Anak Sahaja;
  • Taska Berdaftar Dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat);
  • Ibu Dan Bapa Adalah Pengundi Berdaftar Di SPR (Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia).

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Cara Memohon

Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan RM100 ini boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Asuh Pintar, sambil menyediakan dokumen-dokumen sokongan yang ditetapkan.

Dokumen-dokumen itu kemudiannya hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran atas talian dilakukan ke alamat berikut:

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
No Tel 03-5481 8800

Tarikh tutup permohonan ini adalah pada 15 hari bulan setiap bulan untuk melayakkan diri menerima manfaat bagi bulan tersebut.

Sebagai contoh, permohonan untuk manfaat bulan Mac 2022 wajib dihantar sebelum atau pada 15 Mac 2022.

Maklumat lebih teliti dan permohonan berkenaan bantuan ini dilihat di Portal Rasmi Asuh Pintar – DI SINI.

Related Posts