SMUE

Kerajaan negeri setuju teruskan Bantuan SMUE/SMIS sebanyak RM150 & RM500: Ini cara mendaftar

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah apabila Kerajaan Negeri Selangor setuju meneruskan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) bagi tahun 2023 kepada mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan ini: –

Kadar Bantuan SMUE & SMIS

Manfaat utama SMUE dan SMIS adalah merupakan baucar membeli belah sebanyak RM150 setiap tahun kepada para ahlinya dan boleh digunakan di pasaraya yang telah ditetapkan sahaja.

Selain itu, manfaat lainnya pula adalah khairat kematian sebanyak RM500 kepada pewaris para ahli SMUE dan SMIS. Ia hendaklah dituntut dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar sahaja.

Syarat-syarat Kelayakan

Skim Mesra Usia Emas (SMUE)

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian);
  • Lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU **Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun;
  • Sedang menetap di Negeri Selangor;
  • Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS)

  • Warganegara Malaysia;
  • Tiada had umur;
  • Pemegang Kad OKU JKM;
  • Masih hidup atau meninggal dunia (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian);
  • Sedang menetap di Negeri Selangor;
  • Pemohon berusia 18 tahun ke atas mestilah pengundi di Selangor semasa pendaftaran dibuat; ATAU
    Pemohon berusia bawah 18 tahun, ibu/bapa/penjaga mestilah pengundi di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Mesra.

Dokumen sokongan yang lengkap perlu dihantar bersama borang permohonan. Bagi permohonan atas talian borang permohonan hendaklah dicetak setelah mengisi maklumat permohonan.

Maklumat lebih teliti berkenaan kedua-dua skim bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasminya – DI SINI

Related Posts