Bantuan Kewangan RM700

Bantuan Kewangan RM700 & RM350 dibayar pada 17 Januari ini: Berikut adalah senarai penerimanya

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah Bantuan Khas Kewangan dari Kerajaan Persekutuan sebanyak RM700 dan RM350 di bawah Bajet 2023.

Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini:-

Penerima Bantuan Khas Kewangan

Berdasarkan kenyataan pihak Kerajaan, pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM700 akan disalurkan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah, manakala RM350 pula kepada pesara kerajaan yang sedang menerima pencen dan penerima pencen terbitan.

Dalam masa sama, pesara perkhidmatan awam Skim KWSP serta veteran berpencen dan tidak berpencen juga layak menerima RM350.

Bantuan ini sekaligus melibatkam implikasi kewangan sebanyak RM1.3 bilion dan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Tarikh Pembayaran

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan berkata – pembayaran Bantuan Khas Kewangan ini akan dilaksanakan pada 17 Januari 2023.

Dalam perkembangan lain, pihak Kerajaan turut setuju memberikan Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56.

Perkara itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan khas bajet mini atau Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dalam sidang Dewan Rakyat pada 20 Disember 2022 lalu.

Sumber: BH Online & Berita RTM.

Related Posts