HPIPT

Kerajaan Negeri setuju teruskan Bantuan HPIPT RM1,000 tahun depan: Ini cara memohonnya

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah apabila Kerajaan Negeri Selangor setuju meneruskan pelaksanaan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) untuk tahun depan di bawah Belanjawan Negeri Selangor 2023.

Sumbangan ini pada asasnya merupakan hadiah bantuan sebanyak RM1,000 kepada mereka yang melanjutkan pelajaran di IPT bagi membantu mereka dengan pembelian persediaan kelengkapan ke IPT.

Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan ini: –

Syarat-syarat Kelayakan HPIPT

  • Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja;
  • Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
    • Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
    • Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor;
  • Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki Tahun Pertama (Semester Pertama) di IPT tersebut;
  • Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa (full-time courses) di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja;
  • Pemohon telah mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian;
  • Pendapatan isi rumah Ibu Bapa atau Penjaga pemohon berjumlah RM5,000 ke bawah sahaja

Dimaklumkan bahawa mereka yang mengikuti pengajian di peringkat Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ LCCI/ Ijazah Lanjutan/ Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI/ KPLI)/ Pengajian Jarak Jauh (PJJ)/ Pengajian Luar Kampus (PLK) tidak layak memohon.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Cara Memohon

Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal HPIPT.

Permohonan yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dicetak terlebih dahulu untuk mendapatkan pengesahan pihak-pihak berkaitan di ruangan yang telah disediakan.

Dokumen-dokumen sokongan juga perlu disediakan dan mendapat pengesahan pihak-pihak berkaitan:

  • Salinan Sijil Kelahiran Pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa Pemohon;
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT;
  • Salinan Penyata Pendapatan/ Penyata KWSP/ Slip Gaji Ibu Bapa/ Penjaga Pemohon (jika masih bekerja) ATAU
  • Surat Perakuan Pendapatan Ibu Bapa/ Penjaga pemohon(jika bekerja sendiri/ tidak bekerja/ bersara) dengan pengesahan ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung ATAU
  • Kad Pesara & Penyata Bayaran Pencen terkini Ibu Bapa / Penjaga pemohon (jika pesara Kerajaan)
  • Salinan muka depan dan muka surat transaksi terakhir Buku Akaun Bank Pemohon (yang tertera nombor akaun dan transaksi terakhir).

Pemohon kemudiannya perlu menghantar Borang Permohonan HPIPT yang telah lengkap berserta lampiran dokumen kepada Urus Setia melalui serahan tangan atau pos di alamat:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam

Makluman berkenaan tarikh buka dan tutup permohonan akan diumumkan melalui Portal Rasmi HPIPT.

Maklumat lebih teliti dan permohonan berkenaan bantuan ini juga dilihat di Portal Rasminya – DI SINI.

Related Posts