Bantuan Kewangan RM500

Ibu bapa boleh mohon Bantuan Kewangan RM500 untuk anak yang lahir bermula tahun 2022

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah melalui Program Iltizam Anak Selangor yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Bajet 2023 di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Kadar Bantuan

Skim bantua ini akan disertai dengan pembukaan akaun Sijil Simpanan Premium Nasional (SSPN) Prime bagi anak-anak yang lahir pada tahun 2022 di Negeri Selangor.

Melalui program ini, seramai 30,000 anak-anak yang memohon akan diberikan sebanyak RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun dengan
peruntukan sebanyak RM3 juta pada tahun 2023.

Wang tabungan di Simpan SSPN Prime itu hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak telah mencapai 18 tahun dan ke atas

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Syarat-syarat Kelayakan

Kriteria Anak

  • Terbuka untuk anak kelahiran bermula tahun 2022;
  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di Negeri Selangor (Kod Kelahiran Negeri Selangor di dalam Mykid/Sjil Lahir);
  • Sedang menetap di Negeri Selangor.

Kriteria Ibu Bapa

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Sedang menetap di Negeri Selangor;
  • Pengundi berdaftar di Negeri Selangor.

Baca juga:

Cara Memohon

Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Iltizam Selangor.

Pemohon kemudiannya perlu memuatnaik dokumen-dokumen sokongan ke dalam sistem permohonan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dalam talian dibuat.

Jika pemohon gagal  menghantar dokumen-dokumen dalam tempoh yang ditetapkan, maka permohonan akan ditolak serta-merta.

Tempoh permohonan akan dibuka sehingga program ini mencapai kuota 30,000 orang pemohon yang menepati syarat Iltizam Anak Selangor.

Permohonan baru akan ditutup dengan serta-merta apabila mencapai jumlah permohonan tersebut.

Maklumat lebih teliti berkenaan skim ini dan permohonan boleh dilihat di Portal Rasminya – DI SINI.

Related Posts