pengeluaran simpanan KWSP

Panduan membuat pengeluaran simpanan KWSP secara atas talian sebelum usia 55 tahun

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Inisiatif-inisiatif ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian, Jabatan atau Yayasan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Selain itu, nampaknya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga memudahkan urusan para ahlinya, termasuklah membenarkan pengeluaran simpanan sebelum usia 55 tahun.

Berikut adalah senarai perkara-perkara yang membolehkan pengeluaran simpanan KWSP sebelum usia 55 tahun: –

Pengeluaran usia 50 tahun

KWSP membolehkan para ahlinya yang mencapai usia 50 tahun untuk membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 bagi digunakan sebagai persediaan untuk persaraan.

Membiayai Pendidikan

Ahli KWSP boleh memilih membuat mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 untuk membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Membeli Rumah

KWSP membenarkan ahlinya menggunakan simpanan Akaun 2 bagi tujuan membiayai pembelian rumah. Jenis kediaman itu hendaklah merupakan banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

Membina Rumah

Untuk membantu para ahli membina rumah impian mereka, KWSP membenarkan ahli membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai pembinaan rumah. Antara syarat utamanya adalah ahli mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Pengeluaran daripada Akaun 2 dibenarkan untuk tujuan mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan atau memberi bantuan pembiayaan kepada pasangan.

Bayar Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Bagi membantu dan meringankan beban ahli, KWSP membolehkan pengeluaran dari Akaun 2 bagi membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan ahli selesai.

Baca juga:

Menunaikan Haji

Khas untuk ahli KWSP beragama Islam, mereka boleh membuat pengeluaran bagi tujuan tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan. Syarat utamanya adalah ahli tidak pernah memohon pengeluaran haji sebelum itu.

Pengeluaran Secara Atas Talian

Bagi urusan pengeluaran, selain melalui kaunter KWSP – ia juga boleh dibuat melalui i-Akaun (Ahli) KWSP. Caranya adalah seperti berikut:

  • Log masuk ke i-Akaun;
  • Pergi ke menu Pengeluaran;
  • Pilih jenis pengeluaran yang ingin dibuat;
  • Kemukakan permohonan pengeluaran.

Bagi pengeluaran buat kali pertama, ahli perlu hadir ke kaunter untuk pengecaman CIJ bagi menentukan kesahihan identiti ahli sebagai pemohon dan menurunkan CIJ pada notis pengesahan sebagai bukti mengemukakan permohonan.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan perkara ini, sila lihat di Portal Rasmi KWSP DI SINI.

Related Posts