HPIPT

Kerajaan negeri umum Bantuan HPIPT RM1,000 untuk B40 & M40: Ini penjelasan lanjutnya

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah melalui Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Bajet 2023 di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Bantuan ini membabitkan sumbangan RM1,000 kepada mereka yang layak dengan dana sebanyak RM3 juta.

Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:

Syarat-syarat Kelayakan HPIPT

HPIPT adalah bantuan kewangan RM1,000 kepada para pelajar tahun pertama pengajian yang melanjutkan pendidikan ke IPTA & IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan dari peringkat peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

  • Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia sahaja;
  • Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:
    • Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor;
    • Ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor;
    • Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor;
    • Ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.
  • Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki semester pertama;
  • Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di IPTA atau IPTS diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja;
  • Pemohon telah pun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian;
  • Pemohonan hanya untuk tahun pertama pengajian sahaja;
  • Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Pendapatan isi rumah ibu, bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Cara Memohon

Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Permohonan HPIPT.

Pembayaran sumbangan RM1,000 ini akan dikreditkan ke nombor akaun bank yang telah dinyatakan di dalam permohonan

Dimaklumkan juga bahawa setiap pemohon hanya layak dibayar sekali sepanjang pengajian, sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja.

Maklumat lebih teliti berkenaan HPIPT boleh dilihat di Portal Rasminya – DI SINI.

Related Posts