Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah Skim Air Darul Ehsan (SADE) yang memberikan bantuan bil 20 meter padu air percuma kepada mereka yang berkelayakan dan mengurangkan kos sara hidup rakyat khususnya kepada golongan berpendapatan rendah.
Syarat-syarat Kelayakan Bantuan Bil Air
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor;
- Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah (bagi yang telah berkahwin, ini termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara; atau bagi yang tiada pasangan/bujang);
- Premis kediaman mempunyai meter individu;
- Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Baca juga:
- Bantuan Kewangan BMT RM300 telah mula dikreditkan: Berikut senarai penerima yang layak
- Kerajaan setuju bayar Bantuan Khas Kewangan RM1,500 bulan depan: Senarai penerima yang layak
Cara Memohon SADE
Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR).
Selain itu, permohonan SADE juga boleh dibuat melalui kaunter-kaunter perkhidmatan Air Selangor dengan mengisi Borang Permohonan SADE.
Dimaklumkan juga bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh SADE untuk tiga tahun bermula 1 Januari
2022 hingga 31 Disember 2024 dan pendaftaran adalah dibuka sepanjang tahun.
Maklumat lengkap dan borang permohonan SADE boleh diteliti DI SINI, manakala permohonan secara atas talian boleh dilaksanakan DI SINI.