Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
beli motosikal

Cara memohon kewangan RM10,000 untuk baik pulih atau beli motosikal dari TEKUN Nasional

Posted on November 24, 2022 by Admin

Pelbagai jenis program telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Program-program ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah melalui TEKUN Nasional yang memperkenalkan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 kepada usahawan Perkhidmatan Penghantaran menggunakan motosikal.

Berikut adalah maklumat lebih lanjut berkenaan program ini:

Kadar Pembiayaan

Kadar Pembiayaan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 adalah antara RM1,000 hingga RM10,000 mengikut tujuan permohonan berikut:

  • Membeli motosikal;
  • Baik pulih motosikal;
  • Pusingan modal.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera / India);
  • Berumur 18-60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun);
  • Pemohon bukan seorang yang muflis;
  • Mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah;
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar;
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan;
  • Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal;
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan;
  • Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian;
  • Pengangkutan Awam (MOT);
  • Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

  • Bantuan RM2,500 dari LZS sekali lagi dibuka permohonannya tahun ini: B40 & M40 layak memohon
  • Cara mendaftar Bantuan Kewangan RM200 dari Yayasan Negeri kepada golongan B40 & M40

Cara Memohon

Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan pembiayaan ini boleh dibuat melalui Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan bagi mendapatkan penerangan lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan.

Dimaklumkna juga bahawa pihak TEKUN Nasional tidak pernah melantik ejen atau wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan
ini.

Makanya, sebarang urusan permohonan atau pertanyaan ia hendaklah melalui secara terus kepada pihak TEKUN Nasional.

Maklumat lebih jelas berkenaan program ini, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi TEKUN Nasional atau DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
November 2022
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
« Oct   Dec »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme