Bantuan RM2500

Bantuan RM2,500 dari LZS sekali lagi dibuka permohonannya tahun ini: B40 & M40 layak memohon

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang diberikan kepada mereka yang berlelayakan dari kalangan B40 dan M40.

Berikut adalah maklumat lebih lanjut berkenaan SPZAS ini: –

Kadar Bantuan SPZAS

SPZAS pada asasnya merupakan bantuan yang disediakan LZS yang bertujuan meringankan beban kos pendidikan di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara bagi golongan pendapatan pertengahan dan bawah M40 dan B40 yang memenuhi syarat kelayakan.

Kadar SPZAS yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • RM700: SPZAS dalam negara
  • RM1,000 – RM2,500: SPZAS luar negara

Syarat-syarat Kelayakan SPZAS

  • Pemohon mestilah beragama Islam;
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
  • Lahir dan menetap di Selangor / Bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada 3 tahun;
  • Bagi SPZAS IPT dalam negara, permohonan dibuka untuk peringkat pengajian Sijil/Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi/Diploma/Diploma Lanjutan/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana;
  • Bagi SPZAS IPT luar negara, permohonan dibuka untuk peringkat Sijil/Sijil Profesional/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana di semua negara;
  • Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf) dengan julat lebihan tersebut tidak melebihi RM11,000 bagi SPZAS IPT dalam negara dan luar negara.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Cara Memohon

Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan sumbangan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Laman Web SPZAS Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Setiap permohonan juga hendaklah memuat naik dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • Kad Pengenalan Pemohon (Pelajar);
  • Kad Pengenalan Suami/Isteri/Penjaga;
  • Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan Tanggungan Keluarga;
  • Bil api/bil air yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan);
  • Slip gaji atau *Borang Pengesahan Pendapatan (Bagi yang tiada slip gaji) yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan) bagi diri/suami/isteri/ibu dan bapa serta semua tanggungan yang bekerja dan tinggal bersama;
  • Borang/surat pengesahan belajar semester/tahap yang terkini yang mengandungi pengesahan tajaan daripada IPT;
  • Borang/surat pengesahan pemastautin ketua keluarga/penjaga yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan);
  • Penyata akaun bank pemohon (pelajar) yang masih aktif (bagi pengesahan nombor akaun bank);
  • Pasport/Visa pemohon (pelajar) (bagi permohonan SPZAS IPT luar negara);
  • Kad Orang Kelainan Upaya (OKU) (jika berkenaan);
  • Laporan Perubatan Sakit Kronik (Jika Berkenaan).

Info lebih teliti berkenaan SPZAS boleh dibaca DI SINI, dan permohonan pula boleh dikemukakan DI SINI.

Related Posts