Kerajaan setuju beri Bantuan Khas Kewangan RM700 ‘one-off’: Ini adalah tarikh pembayarannya

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah apabila Kerajaan setuju memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) di bawah Bajet 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat.

BKK ini nanti akan melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM350 dan RM700 secara ‘one-off’ kepada mereka yang berkelayakan:

  • RM700: Penjawat awam gred 56 ke bawah
  • RM350: Pesara Kerajaan

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bantuan ini melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM1.3 bilion dan dijangka akan memanfaatkan sekitar 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah serta 1 juta pesara Kerajaan.

Berkenaan dengan tarikh pembayarannya, ia mungkin akan dilaksanakan pada bulan Januari tahun hadapan dengan kaedah bersekali gaji bulan Januari 2023.

Akan tetapi, tarikh rasmi pembayaran masih belum dimaklumkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Dalam perkembangan sama, pihak Kerajaan turut bersetuju memberikan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56 dengan implikasi kewangan RM 1.5 bilion ringgit.

“Ini bermakna, jika seorang kakitangan Gred 11 yang bergaji RM1,600 ringgit mendapat Kenaikan Gaji Tahunannya sebanyak RM80 ringgit pada setiap April, bagi tahun hadapan, beliau turut mendapat kenaikan gaji tambahan khas 2023 sebanyak RM100 bermula pada Januari 2023.

“Ini menjadikan gaji akhir beliau pada tahun 2023 adalah sebanyak RM1,780 dan gaji ini kekal dibawa ke tahun seterusnya,” kata Tengku Zafrul.

Maklumat lebih teliti dan lanjut berkenaan inisiatif-inisiatif di bawah Bajet 2023 boleh dirujuk di Portal Rasmi Bajet – DI SINI.

Related Posts