Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
Bantuan BAP RM150

Tarikh pembayaran Bantuan BAP RM150 yang diberikan kepada semua tanpa had pendapatan

Posted on November 6, 2022November 6, 2022 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Dalam masa sama, terdapat juga pelbagai jenis bantuan yang diperkenalkan di bawah Bajet 2023 seperti mana yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan lalu.

Salah satunya adalah apabila Kerajaan setuju untuk memperkenalkan semula Bantuan Awal Persekolahan (BAP) seperti mana yang dilaksanakan pada tahun ini. BAP juga akan dinaikkan kepada RM150, berbanding RM100 sebelum ini.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

  • Permohonan Bantuan RM2,500 ‘one-off’ masih dibuka
  • Cara memohon sehingga RM10,000 di bawah PUTRA

Menariknya, pemberian BAP ini diberikan kepada semua murid tanpa pengira had pendapatan ibu bapa mereka.

Ini kerana, sebelum ini BAP hanya diberikan kepada para murid yang ibu bapanya berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

Oleh hal demikian, sekiranya sesebuah keluarga itu mempunyai tiga orang anak bersekolah, mereka layak menerima BAP sebanyak RM450.

Berkenaan dengan tarikh pembayaran BAP, menurut kenyataan Menteri Kewangan di Dewan Rakyat – Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, ia akan dilaksanakan pada bulan Januari 2023, sesuai dengan pelaksanaan Bajet 2023.

Maklumat lebih lanjut berkenaan bantuan-bantuan di bawah Bajet 2023 boleh dilihat di Portal Rasmi Bajet – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
November 2022
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
« Oct   Dec »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme