Berumur antara 18 hingga 40 tahun: Ini cara memohon sehingga RM10,000 di bawah PUTRA

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya adalah melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Ini kerana, MARA telah memperkenalkan Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA / Belia (PUTRA) yang melibatkan had pembiayaan sehingga RM10,000.

Tujuan utama PUTRA adalah sebagai kemudahan pembiayaan kepada perniagaan mikro bagi semua sektor seperti peruncitan, pembuatan, perkhidmatan kecuali sektor pertanian dan penternakan serta melahirkan usahawan kecil dinamik dari generasi muda untuk memulakan perniagaan.

Skop pembiayaan pula adalah merangkumi Modal Pusingan serta Pembelian Mesin dan Peralatan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan PUTRA:

Syarat-syarat Asas

  • Warganegara dan Bumiputera;
  • Berumur 18 – 40 tahun;
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM);
  • Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online);
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa;
  • Perniagaan patuh Syariah;
  • Bebas dari senarai hitam MARA.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Syarat-syarat Khusus

  • Belia yang telah menjalankan perniagaan tidak kurang dari tiga bulan dengan perkembangan yang baik;
  • Pelajar IPMa yang sedang mengikuti latihan industri atau program inkubator di IPMa;
  • Lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa);
  • Tidak pernah mendapat sebarang kemudahan pembiayaan MARA.

Cara Memohon

Dimaklumkan juga bahawa pembiayaan MARA ini tidak memerlukan jaminan atau cagaran dengan tempoh pembiayaan antara 1 hingga 3 tahun.

Kepada yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, permohonan PUTRA boleh dikemukakan secara atas talian (online) di Sistem Aplikasi MARA.

Maklumat lengkap berkenaan PUTRA boleh diteliti DI SINI dan permohonan boleh dibuat DI SINI.

Related Posts