Permohonan Bantuan RM2,500 ‘one-off’ masih dibuka: Golongan B40 & M40 layak memohon

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya termasuklah Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) yang bertujuan untuk meringankan beban kos pendidikan di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara bagi golongan pendapatan pertengahan dan bawah (M40 & B40) yang memenuhi syarat kelayakan.

Kadar Sumbangan SPZAS

  • SPZAS IPT dalam negara: RM700
  • SPZAS IPT luar negara: RM1,000 – RM2,500

Syarat-syarat Kelayakan

  • Beragama Islam;
  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir dan menetap di Selangor / Bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga tahun;
  • Bagi SPZAS IPT dalam negara, permohonan dibuka untuk peringkat pengajian Sijil/Pra Diploma/Asasi/Matrikulasi/Diploma/Diploma Lanjutan/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana;
  • Bagi SPZAS IPT luar negara, permohonan dibuka untuk peringkat Sijil/Sijil Profesional/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana di semua negara;
  • Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf) dengan julat lebihan tersebut tidak melebihi RM11,000 bagi SPZAS IPT dalam negara dan luar negara.

Cara Memohon

Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan SPZAS boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Permohonan SPZAS.

Pemohon juga perlu melampirkan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan ketika mengemukakan permohonan.

Maklumat lebih teliti berkenaan SPZAS boleh dibaca DI SINI dan permohonan boleh dibuat DI SINI.

Related Posts