Bantuan Kewangan RM200

Cara mendaftar Bantuan Kewangan RM200 dari Yayasan Negeri kepada golongan B40 & M40

Pelbagai jenis bantuan kewangan sama ada yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian, Jabatan atau Yayasan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah melalui Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak dari Yayasan Perak yang membabitkan nilai bantuan kewangan sebanyak RM200.

Bantuan ini merupakan insentif yang diberikan dalam bentuk simpanan pendidikan untuk masa hadapan anak-anak melalui Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional (SSPN).

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:

Syarat-syarat Kelayakan

  • Penerima manfaat (anak) hendaklah warganegara Malaysia dan kelahiran Negeri Perak mulai 1 Januari 2010 selepas jam 12.00 tengah malam;
  • Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak ; atau
  • Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi sedang beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
  • Ibu atau bapa kelahiran LUAR Negeri Perak tetapi te;ah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun;
  • Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi ANAK LAHIR DI DAERAH YANG BERSEMPADAN dengan Negeri Perak (Hospital Bersalin terletak di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor);
  • Pendapatan (isi rumah) di bawah RM 5,000 sebulan (mulai 1 Januari 2019);

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Cara Memohon

Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan kewangan RM200 ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak.

Ia kemudiannya perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan seperti mana yang ditetapkan oleh pihak yayasan.

Permohonan yang lengkap seterusnya hendaklah dihantar ke alamat:

YAYASAN PERAK
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak
No 111, Jalan Sultan Idris Shah
30000 Ipoh Perak

Maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi Yayasan Perak – DI SINI

Related Posts