Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah Bantuan Warga Emas bernilai RM500 setiap bulan kepada mereka yang berkelayakan.
Objektif utama bantuan ini adalah bagi membantu warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Ini adalah penjelasan lanjut mengenainya:
Syarat-syarat Kelayakan BWE
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Warga emas yang bukan tinggal di:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Baca juga:
- Kerajaan negeri umum Bantuan HPIPT RM1,000 untuk B40 & M40: Ini penjelasan lanjutnya
- Cara memohon kewangan RM10,000 untuk baik pulih atau beli motosikal dari TEKUN Nasional
Cara Memohon BWE
Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Pemohon juga perlu membawa dokumen-dokumen berikut ketika membuat permohonan:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata gaji (jika ada);
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Dimaklumkan juga bahawa setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Maklumat lengkap berkenaan BWE dan borang permohonan boleh dilihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.