SPZAS

Cara memohon Bantuan Kewangan SPZAS RM700 – RM2,500: Permohonan ditutup 3 Disember 2022

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) kepada mereka yang berkelayakan. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan ini: –

Kadar SPZAS

SPZAS adalah bantuan yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang bertujuan meringankan beban kos pendidikan di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara bagi golongan pendapatan pertengahan dan bawah (M40 & B40) yang memenuhi syarat kelayakan.

Kadar sumbangan adalah seperti berikut:

  • RM700: SPZAS dalam negara;
  • RM1,000 – RM2,500: SPZAS luar negara.

Syarat-syarat Kelayakan SPZAS

  • Beragama Islam;
  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir dan menetap di Selangor / Bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga tahun;
  • Bagi SPZAS IPT dalam negara, permohonan dibuka untuk peringkat pengajian Sijil/Pra- Diploma/Asasi/Matrikulasi/Diploma/Diploma Lanjutan/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana;
  • Bagi SPZAS IPT luar negara, permohonan dibuka untuk peringkat Sijil/Sijil Profesional/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana di semua negara;
  • Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf) dengan julat lebihan tersebut tidak melebihi RM11,000 bagi SPZAS IPT dalam negara dan luar negara.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Cara Memohon

Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Permohonan Zakat SPZAS.

Dimaklumkan tempoh kelulusan dan bayaran sumbangan ini adalah dalam masa 16 hari bekerja daripada tarikh permohonan dibuat.

Kaedah pembayarannya akan dikreditkan ke akaun bank pemohon secara EFT (Electronic Fund Transfer).

Maklumat lengkap berkenaan bantuan ini dan permohonannya boleh dilihat – DI SINI.

Related Posts