i-Lindung

KWSP kini benarkan ahli guna Simpanan Akaun 2 melalui i-Lindung: Mohon secara online sahaja

Pelbagai jenis bantuan kewangan sama ada yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian, Jabatan atau Yayasan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Dalam perkembangan lain, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) nampaknya telah memperkenalkan sebuah platform yang dikenali sebagai i-Lindung kepada semua ahlinya.

i-Lindung pada asasnya merupakan platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) yang digunakan bagi tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA) dari Akaun 2 masing-masing .

Melalui PPA ini, ahli kini dibenarkan untuk membeli produk insurans/takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pengguna i-Akaun (Ahli);
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun KWSP.

Baca juga:

Cara Menggunakan i-Lindung

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan dan mahu membeli produk SIT melalui i-Lindung, ia boleh dilaksanakan dengan tatacara berikut:

  1. Log masuk ke i-Akaun (Ahli);
  2. Klik pada tab i-Lindung;
  3. Pilih produk yang ditawarkan oleh SIT;
  4. Lengkapkan maklumat di portal SIT;
  5. Kebenaran untuk potongan dari Akaun KWSP;
  6. Penerimaan penyata maklumat dari SIT.

 

Dimaklumkan bahawa perlindungan akan bermula pada hari polisi/sijil dikeluarkan oleh SIT. Polisi/sijil itu akan dihantar melalui e-mel oleh SIT dan juga boleh didapati dalam Pelan Perlindungan Saya di bawah i-Lindung.

Setelah permohonan diluluskan, pembayaran kepada SIT tidak akan dilakukan serta-merta dan mungkin mengambil masa beberapa hari. Akan tetapi, status polisi/sijil akan kekal aktif kecuali jika pembayaran ditolak.

Untuk maklumat lengkap berkenaan i-Lindung, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

Related Posts