i-bantuan

Ramai yang terlepas pandang: Ini senarai mereka yang layak dapat i-Bantuan RM150

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya melalui sebuah bantuan kewangan di bawah skim i-Bantuan.

Bantuan ini datang dengan jumlah kewangan RM150 secara ‘one-off’ kepada yang berkelayakan.  Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan-bantuan di bawah i-Bantuan.

Bantuan Ibu Tunggal (RM150)

Bantuan ini terbuka kepada para wanita berstatus ibu tunggal dengan pendapatan isi rumah di bawah RM2,500 sebulan. Akan tetapi, mereka yang bertugas sebagai penjawat awam atau kakitangan Kerajaan tidak layar menerima bantuan kewangan ini:

Berikut adalah syarat-syarat khusus Bantuan Ibu Tunggal i-Bantuan:

  • Pemohon adalah rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu;
  • Maklumat Pemohon mesti telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20);
  • Pemohon adalah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu;
  • Permohonan secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.

Bantuan OKU (RM150)

Bantuan ini terbuka kepada orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berumur 18 tahun ke atas.

Mereka bagaimanapun mestilah bukan kakitangan Kerajaan dan bukan penerima bantuan bulanan JKM; PERKESO atau MAIDAM.

Berikut adalah syarat-syarat khusus Bantuan OKU:

  • Pemohon adalah rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu;
  • Maklumat Pemohon mesti telah ada dalam Sistem Profil RakyatTerengganu (PRT20);
  • Pemohon adalah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu;
  • Permohonan secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.

Baca juga:

Cara Memohon i-Bantuan

Untuk yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan-bantuan kewangan di bawah i-Bantuan ini boleh dilaksanakan secara atas talian di Portal Rasmi i-Bantuan.

Akan tetapi, sekiranya pemohon masih belum mendaftar di dalam sistem PRT20 – mereka perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum boleh mengemukakan permohonan bantuan ini.

Diharapkan pemberian bantuan ini boleh sedikit sebanyak membantu mereka yang memerlukan.  Maklumat lengkap berkenaannya dan pendaftaran PRT 20 boleh dilihat – DI SINI.

Related Posts