Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) yang melibatkan jumlah bantuan sehingga RM2,500 ‘one-off’ kepada yang berkelayakan.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –
Kadar Bantuan Kewangan SPZAS
SPZAS diberikan kepada mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dengan jumlah sumbangan berikut:
- RM700: SPZAS dalam negara
- RM1,000 – RM2,500: SPZAS luar negara
Syarat-syarat Kelayakan – Bantuan Kewangan SPZAS
- Beragama Islam;
- Warganegara Malaysia;
- Lahir dan menetap di Selangor / Bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada 3 tahun;
- Bagi SPZAS IPT dalam negara, permohonan dibuka untuk peringkat pengajian Sijil/Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi/Diploma/Diploma Lanjutan/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana;
- Bagi SPZAS IPT luar negara, permohonan dibuka untuk peringkat Sijil/Sijil Profesional/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana di semua negara;
- Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf) dengan julat lebihan tersebut tidak melebihi RM11,000 bagi SPZAS IPT dalam negara dan luar negara.
Baca juga:
- Cara tuntut Bantuan RM700 secara automatik kepada seluruh rakyat Malaysia golongan B40
- Senarai Bantuan Kerajaan RM100 – RM1,000 yang dibayar dari 1 hingga 10 November 2022
Cara Memohon
Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Laman Web SPZAS Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Setiap permohonan juga perlu memuat naik dokumen-dokumen sokongan berikut:
- Kad Pengenalan Pemohon (Pelajar);
- Kad Pengenalan Suami/Isteri/Penjaga;
- Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan Tanggungan Keluarga;
- Bil api/bil air yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan);
- Slip gaji atau *Borang Pengesahan Pendapatan (Bagi yang tiada slip gaji) yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan) bagi diri/suami/isteri/ibu dan bapa serta semua tanggungan yang bekerja dan tinggal bersama;
- Borang/surat pengesahan belajar semester/tahap yang terkini yang mengandungi pengesahan tajaan daripada IPT;
- Borang/surat pengesahan pemastautin ketua keluarga/penjaga yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan);
- Penyata akaun bank pemohon (pelajar) yang masih aktif (bagi pengesahan nombor akaun bank);
- Pasport/Visa pemohon (pelajar) (bagi permohonan SPZAS IPT luar negara);
- Kad Orang Kelainan Upaya (OKU) (jika berkenaan);
- Laporan Perubatan Sakit Kronik (Jika Berkenaan).
Maklumat lebih teliti berkenaan SPZAS boleh dilihat DI SINI, dan permohonan pula boleh dibuat DI SINI.