Senarai Bantuan Kerajaan RM100 – RM1,000 yang dibayar dari 1 hingga 10 November 2022 ini

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Ia termasuklah bantuan-bantuan bulanan Kerajaan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dibayar bermula pada 1 hingga 10 November 2022. Berikut adalah senarai bantuan-bantuan berkenaan:

Bantuan Am Persekutuan/Negeri

Kedua-dua bantuan am ini diberikan dengan tujuan untuk membantu individu / keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. Jumlahnya adalah dari RM100 hingga RM350 mengikut kelayakan masing-masing.

Bantuan Kanak-Kanak

Objektif bantuan ini adalah bagi membantu keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak atau membantu anak / kanak-kanak yang tiada / kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Jumlahnya adalah sebanyak RM150 hingga RM1,000 sebulan mengikut kelayakan masing-masing.

Bantuan Anak Pelihara

Bantuan ini melibatkan kadar sebanyak RM250 hingga RM500 sebulan. Ia bertujuan membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim / yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bantuan Warga Emas

Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti dengan jumlah sebanyak RM500 sebulan.

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)

EPOKU adalah sebuah bantuan sebanyak RM450 sebulan bagi menggalakkan golongan OKU untuk terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.

Untuk senarai lengkap bantuan-bantuan bulanan JKM, syarat-syarat kelayakan dan cara memohonnya boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Related Posts