Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah Skim perlindungan masyarakat mySalam yang diperkenalkan bagi membantu 6.8 juta rakyat Malaysia berkelayakan.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan skim bantuan ini:
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 dari golongan B40:
- Berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
- Individu bujang berumur antara 21 tahun dan 65 tahun;
- Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun.
Kadar Bantuan
Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Membuat Tuntutan
Kepada yang ingin membuat semakan inisiatif ini, ia oleh dibuat di Portal Rasmi mySalam dengan mengisi maklumat Nombor Kad Pengenalan (MyKad) di ruang yang disediakan.
Manakala, untuk membuat tuntutan hospitalisasi sehingga RM700 pula – ia boleh dilaksanakan dengan langkah-langkah berikut:
- Layari Portal mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan);
- Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal;
- Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’;
- Log masuk ke di Portal mySalam dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’;
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format pdf atau jpeg
- Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
- Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Maklumat lengkap berkenaan mySalam boleh dibaca dan disemak di Portal Rasminya – DI SINI.