Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
Bantuan RM200

Senarai semak dokumen-dokumen yang perlu untuk mohon Bantuan RM200 dari LZS

Posted on November 10, 2022 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor Rendah & Menengah (SPZAS Ren & Men) yang diperkenalkan bagi membantu golongan pertengahan (B40 & M40) yang memenuhi syarat kelayakan.

Bantuan ini nanti akan melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM200 merangkumi anak-anak yang bersekolah di Pra-Sekolah; Sekolah Rendah Kebangsaan; Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Menengah.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Beragama Islam;
  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada 3 tahun;
  • Pra sekolah / Tadika (umur 5-6 tahun sahaja);
  • Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Agama (umur 7 – 12 tahun sahaja);
  • Sekolah Menengah (13-18 tahun) SMK/SAM/MRSM/SBP/STAM/STPM di dalam dan di luar negeri Selangor;
  • Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi daripada Haddul Kifayah iaitu garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf, namun jumlah lebihan tersebut tidak melebihi nilai maksimum RM11,000.

Baca juga:

  • Cara memohon sehingga RM10,000 di bawah PUTRA
  • Jumlah bayaran & tarikh kredit BKM Fasa 4 tak lama lagi

Cara Memohon Bantuan RM200 LZS

Bagi yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan, permohonan SPZAS boleh dilaksanakan secara atas talian (online) di Sistem Permohonan SPZAS LZS.

Pemohon juga perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan berikut ketika membuat permohonan:

  • Kad pengenalan ketua keluarga
  • Kad pengenalan pasangan
    • Borang A (Borang Pengesahan Bermastautin, Pendapatan Seisi Keluarga)
    • Borang B (Borang Pengesahan Sekolah Rendah & Menengah SPZAS LZS (MAIS)
  • Penyata akaun bank ketua keluarga
  • Penyata / slip gaji ketua keluarga/pasangan dan tanggungan lain (sekiranya pendapatan melalui kerja bermajikan)

Bagi maklumat lebih teliti berkenaan SPZAS ini, sila rujuk di Portal Rasmi LZS – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
November 2022
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
« Oct   Dec »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme