Pembayaran BKM Fasa 3 telah selesai: Ini pula jumlah bayaran & tarikh kredit BKM Fasa 4 tak lama lagi

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya termasuklah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang telah selesai pembayarannya bagi Fasa 3 pada bulan September lalu.

Makanya, kini hanya tinggal Fasa terakhir BKM iaitu Fasa 4 bagi tahun 2022. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaannya:

Jumlah BKM Fasa 4

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 0: RM300
    • Bilangan anak 1 – 2: RM600
    • Bilangan anak lebih 3: RM900
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM100
    • Bilangan anak 1 – 2: RM200
    • Bilangan anak lebih 3: RM300

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
      • Bilangan anak 0: RM300
      • Bilangan anak 1 – 2: RM600
      • Bilangan anak lebih 3: RM900
    • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
      • Bilangan anak 0: RM100
      • Bilangan anak 1 – 2: RM200
      • Bilangan anak lebih 3: RM300

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 1 – 2: RM600
    • Bilangan anak lebih 3: RM900
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 1 – 2: RM200
    • Bilangan anak lebih 3: RM300

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM5,000
    • BKM Fasa 4: RM150

Tarikh Bayaran BKM Fasa 4

Pembayaran BKM Fasa 4 akan dilaksanakan pada bulan Disember 2022. Berdasarkan tarikh-tarikh pembayaran fasa-fasa sebelumnya, ia berkemungkinan akan dikreditkan bermula pada 20 Disember 2022.

Akan tetapi, tarikh rasmi dari pihak Kerajaan masih belum diumumkan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Maklumat lebih teliti berkenaan BKM boleh dilihat di Portal Rasmi BKM – DI SINI.

Related Posts