Bantuan Kewangan

[RASMI] Kerajaan umum tarikh bayaran Bantuan Kewangan RM600 dari RISDA

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya melalui sebuah bantuan kewangan di bawah RISDA yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) berjumlah RM600.

Berikut adalah maklumat lanjutnya: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja);
  • Hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima bantuan ini bagi satu lot yang sama, sama ada Pemilik Pengusaha atau Penoreh Bukan Pemilik dan tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Tarikh Bayaran Bantuan Kewangan RM600

Bantuan kewangan BMT ini akan dilaksanakan pada bulan November dan Disember 2022 dengan jumlah bayaran RM300 setiap fasa.

Kaedah pembayaran pula akan dilaksanakan secara secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh pemohon.

Akan tetapi, akaun Tabung Haji dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) tidak boleh digunakan untuk tujuan pembayaran bantuan ini.

Bagi mereka yang ingin membuat semakan kelulusan BMT, ia boleh dibuat DI SINI dan maklumat lengkapnya boleh dirujuk DI SINI.

Related Posts